January 25, 2011

Bangi House Renovation - Nak citer ke tidak?

Bukan berniat nak mengada, tapi berniat nak share untuk perihal kerja-kerja menambahbaikan rumah (house renovation) sahaja..
Dengan budget ciput yang ada.. tidak la se-gah mana renovation yang boleh dibuat (ikut kata hati, mau pengsan! Hahaha).

Kisah bermula selepas September 2010 hari tu, berkira2 untuk duduki rumah sendiri setelah almost 3 tahun mendapat kunci (dua tahun disewakan)… So bincang sana-sini, rujuk sana, intai sini.. dapatlah idea bagaimana nak siapkan rumah tersebut sebelum diduduki.. Masalah utama kami pada ruangan parking kereta di depan (sungguh buruk rupanya), touch up ruangan dalaman dengan mengecat sahaja dan juga ruangan dapur yang sempit.

Kira memulanya nak buat Bulan Dec 2010, both of mula merayap membeli cat dan perkakas untuk mengecat. Nak cat sendiri tu. Fuhyyooo.. wa tabik pada diri sendiri dan Mr Zack. Lihatlah hasilnya.. walau buruk bagaimanapun hasilnya, ku tetap bangga! Ha ha. Bibik tolong membersihkan rumah and the kids tolong bagi moral supports..
 Ilham pose top model tu…

Dalam pada itu, kerja2 untuk porch kereta dan dapur extension masih tak de idea sebab quotation yang diterima daripada Kontraktor pertama ini costs us a bomb! RM50+K. Mana nak cari duit? So niat dibekukan sementara waktu.. Alternatif kedua, import tukang rumah from our hometown- Kelate.. (sanak sedara jugak) tapi tak jugak ada conclusion, so dibekukan jugak..

Jeng jeng jeng.. di suatu hari yg indah, saya & Mr Zack ke kedai jual brg2 utk reno rumah untuk memeriksa harga beberapa barangan utk keperluan kami bertukang (yo yo aje) dan abg di kedai tu sapa – Nak renovate rumah ke dik? Dah ada kontraktor ke? Jawab kami belum.. tengah tengok2 harga barang aje..  Sekali abang tu rekomen si Kontraktor Kedua ni.. (tak sampai 10 minit kemudian, si Kontraktor ni call semula Tanya betul ke nak reno rumah?)

Maka bincang, soal, pikir.. last2 kami setuju dengan skop kerja dan kos yang diperuntukkan.. so there u go.. 4 Jan 2011.. officially bermulalah our house reno..
Nak share pasal hasil kerja Kontraktor ni sekarang? Masih terlalu awal.. tapi setakat ini kami puas hati.. Insyaallah, Allah will make this easy and simple for us. Nanti saya postkan pictures hasil kerja mereka.. nilai la sendiri.. kalo nak dapatkan contact no Kontraktor ni pun, I can share with u..

Nanti bersambung yea..


No comments: